Thursday, April 16, 2020

Tempoh PKP

Assalamualaikum...

Hai dah lama tak menulos di blog. Sekarang ni musim Corona virus. Satu dunia sedang menghadapinya. Di Malaysia tempoh kawalan pergerakan atau pkp di laksanakan. Sekolah dan semua institusi pendidikan ditutup. Pejabat dan kedai juga sama kecuali kedai makan. Itupun tak boleh duduk melepak kene tapau. Apapun rakyat Malaysia sekarang semua duduk rumah. Bak kata PM #stayathome #dudukdiamdirumah

Apapun, dah sebulan pkp ini dilaksanakan. Semua duduk rumah supaya rantaian virus ni tidak lagi menular. Cikgu-cikgu mengajar anak murid melalui sistem online dirumah masing-masing. Betapa rindunya cikgu pada anak murid di sekolah. 

Saya sekarang ni kampung bersama ibu ayah adik dan abang. Lebih rasa tenang disini sebab makanan semua cukup. Saya pun ada juga tolong masak didapur. Kat fb dan insta ramai yang share tentang masakan mereka. Masing-masing nak tunjuk bakat. Meriah tau! 

Semoga Malaysia akan terus aman dan sejahtera. 
Itu sahaja buat kali ini. 

Saturday, May 7, 2016

PERTANDINGAN BOWLING PRS BONGSU DAERAH HULU LANGAT - 5 MEI 2016

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.

Syukur Alhamdulillah kerana buat pertama kalinya PRS SKCJ mendapat JOHAN dalam pertandingan yang saban tahun diadakan.

Saya selaku YDP MAJLIS GURU KAUNSELING SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU LANGAT kali ke 3 menganjurkan program ini bagi memberi ruang kepada rakan kaunselor dan prs bersama menjalani terapi di pusat bowling The Mines Shopping Mall, Sri Kembangan.

Rata2 semuanya enjoy dan happy kerana dalam 1 pasukan terdiri daripada 2 prs lelaki 2 prs perempuan dan seorang kaunselor. Syarat utama mestilah prs dan balingan ikut sesiapa sahaja yang mampu membuat balingan. Ini kerana matlamat utama saya laksanakan adalah untuk enjoy dan happy bersama2.

Sebanyak 20 pasukan telah hadir dan saya sediakan hadiah sehingga tempat kesepuluh. Tujuan utama saya adalah untuk memberi penghargaan dan dorongan kepada anak2 prs untuk lebih berusaha dan mencapai matlamat yang disasarkan.

Pertandingan ini dirasmikan oleh Pen Peg PPD Bahagian Kaunseling & Kerjaya En Basarudin Bin Bahaman yang cukup sporting dan ceria sepanjang program . Beliau juga banyak membantu saya dalam melaksanakan program ini.

Barisan AJK MGK yang turut turun padang dan membantu saya dalam mengendalikan aktiviti ini.

Apapun saya ucapkan terima kasih kepada sekolah yang terlibat dalam menjayakan salah satu aktiviti MGK yang dibuat bagi memenuhi ruang dan masa kegiatan anak2 prs & rakan kaunselor.

Semoga terus cemerlang dan akhir sekali tahniah kepada pasukan SKCJ yang mengungguli pertandingan ini.

Kepada anak2 prs ku Haikal, Kayrul, Aina & Alia jadikan pertandingan ini sebagai memori indah semasa berada di Tahun 6.

Salam sayang daripada Cikgu Kush..

















Sunday, April 17, 2016

KURSUS TEMBOK TIRUAN & REPELLING (12~14 APRIL 2016)

Syukur Alhamdulillah selama 3 hari saya berkursus akhirnya dapat juge saya menamatkan dengan keputusan LULUS CEMERLANG. Saya akui bukan mudah untuk mengendalikan aktiviti aras tinggi ini. Kebiasaannya saya akan uruskan aktiviti air dan permainan dinamik sahaja.

Namun saya suke mencuba dan mencabar diri sendiri untuk memperbaharui kemahiran atau skill saya dalam meningkatkan lagi mutu jurulatih saya di pusat kokurikulum.

Tali sememangnya saya lemah dan perlu banyak latihan untuk membuat ikatan yg betul. Mujurlah rakan2 yg mengikuti kursus sporting dan baik banyak membantu saya. Kami sentiasa ceria dan meriah sepanjang kursus. Pegawai jurulatih pun turut ceria dan suke mengusik saya. Sedikit sebanyak hilang juga stress saya ni. Hehehehe...

Apapun terima kasih kepada my bff Cikgu Mus yg banyak membantu sepanjang kursus. Kehulu ke hilir kami bersama ajer...

Apapun saya sangat bersyukur kerana saya boleh melakukan aktiviti beraras tinggi walaupun saya agak takut di tempat tinggi. Saya boleh buktikan juge yang saya mampu untuk melaksanakannya. Tahniah buat diri saya sendiri dan rakan2 seperjuangan!

Antara gambar yg sempat saya ambil.... Enjoy!

























Saturday, April 2, 2016

BERENANG BAGUS UNTUK KESIHATAN

Salah satu hobi Cikgu Kush ialah berenang. Syukur Alhamdulillah setelah mengambil kursus renang Cikgu Kush akhirnya dapat berenang mengikut teknik yang betul...

Tempat yang sering saya pergi ialah Kompleks Renang Presint 6 berhampiran dengan Hotel Pullman...


RAGAM ANAK DIDIKKU....

Pelbagai gaya dan ragam anak didik ku sepanjang Cikgu Kush mengajar mereka. Apapun segalanya dijadikan sebagai sumber kekuatan kepada diri Cikgu Kush.

Semoga anak2 gembira dan menjadi anak yang soleh serta solehah suatu masa nanti...