Monday, September 28, 2015

CUTI JEREBU

Hari ini sekolah ditutup ekoran jerebu di paras bahaya. Aku ambil kesempatan untuk mengemas rumah dan berehat. Semoga jerebu akan terus berlalu pergi. 
Sempat kemas meja makan ku yang cute ni. Hehehe

Saturday, September 26, 2015

SALAN AIDILADHA 2015

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Alhamdulillah Aidiladha datang menjelma. Rase syukur dipanjatkan kepada Allah kerana memberi ruang dan peluang kepada ku untuk terus beribadah dan menyembahNya.

Adik beradik ku berkumpul di rumah ibu dan ayah ku. Kemeriahan dan kekecohan terpancar di rumah ini. 

Sehari sebelum Aidiladha kami beramai-ramai berpuasa dan bangun sahur bersama. Aku sempat masak ikan sardin untuk keluarga ku makan sahur.

Segalanya berjalan lancar. Kami masak dan makan bersama. 

Semoga keluarga ku terus dirahmati Allah dan diberi kesihatan yg baik. 







Sempat pergi shopping Aidiladha pertama

Wednesday, September 23, 2015

AMBANG AIDILADHA

Sehari sebelum raya datang aku bersama ibu dan kakak2 ku akan pergi ke pasar pekan Beranang  untuk membeli barang basah untuk Aidiladha. 

Seperti biasa suasan di pasar memang meriah. Aku agak jarang pergi pasar pagi ni. Seronok jugak sebab macam2 ragam dan jualan yang disediakan. 




Bersama adik azebi. 

Tuesday, September 22, 2015

MAIN MASAK2 DI PETANG HARI

Petang tadi buat bubur buah molong bersama anak buah dan nenek. Dikala hujan di petang hari memang sedap untuk dimakan. Begitu mudah nak sediakan buah molong ni. Hanya gunakan tepung pulut sedikit air kapur dan garam serta pewarna untuk mencantikkan lagi adunan.

Cuma masa nak menggentel tepung tu kene rajin ckt. Apapun bila dah masak memang sedap untuk dimakan
 Nampak penuh warna warni setelah digentel

 Adunan direbus dan di masukkan ke dalam air sejuk

 Gaya chef sedang memasak
Antara gambar yang boleh dikongsi bersama. 

DIAM2 UBI BERISI

Anak didikku Tahun 1 namanya Iskandar agak pendiam budak nya. Kadang2 pergi sekolah rambut tak sikat. Sangat simple. Namun dalam diam2 dia rupanya ada isi.

Iskandar telah mendapat JOHAN dalam Pertandingan Taekwondo. Bukan mudah nak dapat Johan. Namun Cikgu Kush ucapkan tahniah ye sayang. Moga menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.



Lihatlah wajah kegembiraan anak didik ku. Pastinya ibubapa Iskandar paling gembira. Cikgu Kush tumpang gembira sayang. 

APPOINTMENT DOKTOR

Assalamualaikum dan salam sayang.
Pagi ni temankan ayah appointment doktor pakar tentang perut ayah. Adik azebi temankan sekali.

Seperti biase awal pagi dah keluar rumah. Syukur Alhamdulillah jalan raya x sesak sbb cuti sekolah dan nak Aidiladha. Parking penuh tp masih ada ruang utk aku menyelit.

Ambik nombor pun x perlu beratur panjang sebab mcm x ramai sgt pesakit datang.

Apapun sampai 730 pg dan habis 1130pg. Alhamdulillah doktor kata ayahku dan semakin sehat dan tak perlu lagi untuk buat appointment. Rasa lega sgt bila doktor ckp mcm tu. Jadi ayah selepas ini hanya perlu jaga pemakanan sahaja. Tak boleh biarkan perut kosong.

Sampai sahaja di rumah ibu dah masak sup ayam dan sambal ikan bilis goreng. Memang superb! Apa lagi perut dah lapar terus makan...

Oklah nak berehat sekejap.... lagi 2 hari nak raya Aidiladha. Tak sabar rasanya.

Atok, adik azebi dan aku....

Monday, September 21, 2015

HUJAN RAHMAT

Syukur Alhamdulillah ku panjatkan kepada Allah kerana hujan turun dengan lebatnya di bumi ini. Harapan ku moga jerebu akan terus berlalu pergi bersama kotoran debu yg dibuat oleh manusia sendiri.

Begitulah hakikatnya jika ia perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab maka kesannya akan ditanggung oleh manusia juga.

Teruskan usaha untuk meningkatkan keyakinan diri dan perbaiki diri mana yang kurang baik.

SENAMROBIK SAKITNYA TUH DISINI

Seperti biasa aku akan mengetuai aktiviti senamrobik apabila melibatkan sukan. Aku masih lagi belajar untuk memperbaiki teknik senamrobik ini. Antara yang popular senamrobik ku ialah lagu Sakitnya tuh disini.

Anak2 Tahun 1 terutamanya sangat menyukai lagu ini. Mereka akan menjerit kegembiraan apabila dengar lagu ini...

DOBI SELF SERVICE

Selalunya aku akan hantar lapik tidur atau toto di kedai dobi dengan rm10 untuk sehelai. Tp semenjak dah ada kedai dobi self service di Semenyih Sentral ni sgt mudah dan murah. Bayangkan utk 3 helai toto aku boleh basuh dengan harga rm10 jer... Betapa jimatnya kan. Jadi buat apa nak membazir. Hanya tunggu 24 minit daripada 3-4 hari dengan bayaran yang mahal. Tepuk dada tanya hati.

BERENANG

Sebenarnya agak lama juga tak berenang ni. Perut pun dah semakin maju ke depan. Hurm x best lah. Penampilan mesti kene jaga. Insyallah selepas Aidiladha nanti nak kembali aktif. Jerebu pun tolonglah pergi ye... 

Akhir ku berenang mase Bengkel Teknik Menjawab UPSR 2015 di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang. Itupun kolam penuh sebab anak2 Tahun 6. Huhuhu

BALIK KAMPUNG

Sampai juge di kampung halaman ku. Balik2 terus tukar cadar baru. Nak raya lah katakan. Hihihihi. 

Apapun kalau dah balik kampung kenelah ikut cara kampung. Huhuhu


Cadar yang ku beli mase duduk rumah sewa dulu dgn Epul. Pakai semula di katil kampung ku... Tak sabar nak melabuhkan badan disini. 

EDT

Antara hobi aku ialah mengumpul perfume. Ibu aku cakap Nabi menyayangi orang yang sentiasa berwangi-wangian. Alhamdulillah aku suka akan wangian. 

Wangian yang ku kirim daripada sahabatku mase dia pergi luar negara. Perancis katenya. Bestnye dapat pergi negara orang lain. Insyallah ada rezeki tidak ke mana....

NOVEL

Cuti2 ni layan novel jer... Kerja sekolah abaikan kala waktu cuti sekolah ni. Nanti dah masuk sekolah baru work hard...

Oklah enjoy the novel....


BUKU RESIPI

Kali kedua aku membeli buku ni. Yang pertama dulu dah beri pada seorang ibu kepada anak didikku yang sangat berminat dengan buku ni.

Apapun aku cuba untuk kembalikan minat untuk memasak. Apa yang penting kemahuan. Hihihihi


FIKIRKAN POSITIF

Assalamualaikum dan selamat pagi. 
Sentiasa berfikiran positif untuk diri sendiri dan orang lain. Dengan cara itu diri kita akan sentiasa ceria dan bahagia.

Antara nikmat yang paling terbaik ialah sehat dan hidup gembira. 

Setiap orang berhak untuk gembira dan hidup sehat. Jadi sentiasalah berfikiran positif. 

Salam sayang daripada saya....


LAYAN MOVIE

Agak lama juga aku tak menonton filem waktu malam dan malam tadi aku menonton filem aksi. Tertidur juga aku dalam panggung walaupun bunyi kuat dan bising. Hihihihi. Itulah tabiat buruk aku kalau menonton filem malam2.

Apapun cerita dia aku bagi 2 bintang jer sbb jalan cerita yang agak hambar. Dan yang pastinya ada sambungan yang ketiga nanti. Tunggu ajer...


Sunday, September 20, 2015

CORETAN DI PETANG HARI

      Seronok pulak rasanya dapat menulis di blog sekarang. Hari ahad ni memang hari untuk mengemas rumah dan berehat sahaja. Layan cerita korea daripada pagi tadi hingga ke petang. Nanti malam nak layan movie pulak dengan Zul. Harap ada tiket untuk malam ni....
   Apapun nikmati hidup ini dengan gembira. Buang segala yang tidak baik dalam hati dan gembira selalu. 
Layan cerita Run Jang Mi....

Eye Cream Natural Looks

Semalam mase jalan2 di ioi city mall aku sajer nak cari eye cream sbb dah lama x pakai eye cream. Lalu aku terjumpa kedai baru. Aku pun sajer tengok produk yang ada. Aku bertanya ada tak eye cream. Terus salesman tu jawab ada. Layanan yang diberikan sangat bagus. Aku teruja dan akhirnya beli serta terus jadi ahli. Produk daru EU dan banyak dipasarkan di Timur Tengah. 

Harap eye cream ni boleh hilangkan dark circle di sekitar mata ku. Hihihihi

Inilah produknya. Baru cuba 2 hari. Ianya sesuai dipakai waktu malam. Tapi aku pakai waktu siang juge agar cepat kesannya


PENJAGAAN WAJAH - NOUVELLE VISAGES

Semenjak lepas raya wajah ku yang dahulunya bersih dan mulus bertukar menjadi merah2 dan naik jerawat. Ramai yang menegurku bila wajah yang ku jaga berubah. Paling sentap apabila ibuku sendiri menegur tentang perubahan wajahku. "Kenapa muka tu dah banyak jerawat? Sebelum tu elok jer " Hihihihi. Ibuku sangat prihatin dengan wajah anak bujangnya. 

Aku pun mencuba lah berbagai produk wajah. Daripada yang mahal hinggalah yang murah. Namun semuanya tak menjadi. Akhirnya aku diperkenalkan dengan produk NV yang sekarang terkenal di astro. Aku diperkenalkan oleh seorang kakak yang menjual produk tempatan. Aku pun mencubanya. Dan Alhamdulillah ianya berkesan dalam beberapa hari. Paling aku takut ialah apabila mencuba pencuci muka dan naik merah atau pedih. Tp apa yang aku alami lain daripada yang lain. Ternyata pencuci muka NV mmg lain daripada yang lain. 

Kulit terasa lembut jerawat juga semakin hari semakin hilang. Kesyukuran kepada Allah ku panjatkan. Selepas itu aku cuba krim nouvelle visages plak. Ternyata ia sesuai dengan wajah ku.

Kini aku sangat gembira kerana wajahku sudah kembali sedikit sehat. Hanya tinggal parut jerawat sahaja. Insyallah dalam beberapa bulan lagi akan hilang lah semua parut itu. 

Kini segala produk dari Korea yang pernah ku beli dan tinggalkan boleh digunakan semula. Hampir aku nak buang semuanya sebab tak boleh pakai. 

Sekurang kurangnya kakak kedua ku sangat beruntung sebab banyak pencuci muka ku beri padanya. Seronok betul dia. Hihihihi. 

Oklah itu sahaja yang ingin ku kongsikan. 
Bye2

Teruja Blog Di hujung Jari Sahaja....

Semudah A B C sahaja untuk update blog ini. Hanya di hujung jari sahaja. 
Hanya gunakan hp boleh update blog. Banyak lagi yang boleh ku kongsikan di blog ini. 
Selain fb dan insta blog juga boleh membantu saya berkongsi apa sahaja pengalaman yang saya lalui....

Jalan2 Sempena Cuti Sekolah


Semalam kami jalan2 sambil makan2 di IOI CITY MALL Putrajaya. Dah lama tak jalan2. Hihihihi.  





Selamat Bercuti!

Assalamualaikum.
Selamat bercuti semua terutama anak2 didik ku

Selepas itu kita akan merayakan Aidiladha.

Cuti ni kite cuti sepuasnya.

Thursday, September 17, 2015

BULAN KESIBUKKAN.....

Ada 3 Projek besar yang akan saya laksanakan untuk bulan Oktober dan November ini. Antaranya :
1. Majlis Graduasi Tahun 6
2. PPU -  Program Pasca UPSR
3. Lawatan PRS

Saya harapkan semua projek yang akan saya jalankan ini akan dipermudahkan dan berjalan lancar Insyallah....

Saya titipkan gambar projek yang telah saya laksanakan sepanjang Tahun 2015 ini...

  1. MINGGU TRANSISI TAHUN 
  2. MOTIVASI TAHUN 6
  3. WATIKAH PERLANTIKAN PRS BONGSU
  4. PERKAMPUNGAN PRS BONGSU
  5. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPSR - HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
  6. MAJLIS GRADUASI TAHUN 6
  7. PPU - PROGRAM PASCA UPSR
  8. LAWATAN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PRS