Monday, February 16, 2009

Corat-ceret On February...

Ya ampun, bulan Feb ni lah bulan yg plg bz sekali...td mase pulang sekolah jam 2 ptg i terus g JUSCO,ECONSAVE,Kilang See Water (RO) and Kilang Muzammal,jam 4 baru pulang rumah..pegi bukan nak shopping tapi pegi cari sumbangan hamper utk mesyuarat agung PIBG pada 1 Mac nanti..so SU lah yg plg bz...byk keje lg nak kena siapkan....apapun sblm nak mesyuarat SU lah plg pening kepala,byk benda nak kena setel...mencabar jgak jadi SU ni..apapun,perancangan penting & rileks ajer...yg ptg keje jln...jgn runsingkan fikiran...take it easy..tak gtu..oklah, i pun ada benda nak buat ni..anyway tgk ajerlah gambar2 nie...

kelab Anti Jenayah & Rakan Sebaya...KO-ko ptg
perjumpaan ibubapa & penjaga tahun 6..
biaselah, jadi pengacara majlis mase perjumpaan ibubapa tahun 6..yg ptg GB kata "Good Job!"



inilah wajah anak murid i yg comel yg i basuhkan berak dia..he he..name dia Aminuddin, budak ni selambe jer,tak nangis pun berak dlm seluar, mase i basuhkan dia punye punggung pun dia rileks ajer, yg ptg ari ni ada sorang lagi berak, dari kelas yg same..tp kali ni menangis sbb malu, sian i tgk,dahlah nak g meeting olahraga jam 12.30 td,terpaksa lewat pegi sbb nak basuh kan berak, sabar ajerlah....nanti i tunjukkan gambar dia...

latihan kompang...wakil sekolah utk Karnival Tilawah Al-Quran, jadi tuan rumah lagi pada 23hb Mac nanti...

guru berdedikasi...cikgu sofie menggantung jam yg baru dbeli dari IKEA bersama i aritu...ini adalah sumbangan dari Badan Kebajikan Guru (BKG) 2008...minggu depan akan dibubarkan dan diganti dgn AJK baru plak..i sbg naib presiden BKG 2008 pun akan melepaskan jawatan itu nanti...bg kat org lain plak lah....nanti org kata GK (giler kuasa!)

orang kuat BKG - kak pah, me, ust faizu(presiden) & sofie...mase ni tgk meeting kat blk kaunseling,alasan - blk mesyuarat dah kena booking oleh SPBT...

ini adalah latihan kebakaran...nasiblah tak ada yg terbakar...ambil mase 4 minit sahaja murid2 turun & berkumpul di tapak perhimpunan..


inilah wajah2 mereka yg terlepas daripada dijilat api..sempat lagi berposing...he he...nampak tak kat belakang i tu aper?..ha ha..kilang proses semula, tak tahan tau,kdg2 byk habuk...hbis kereta i kena, nak panggil Karam Singh Walia lah utk buat laporan mengenai air pollution...

Sunday, February 15, 2009

Akhirnye...

Akhirnye.... dapat jugak i siapkan blog sekolah. tapi masih lagi dalam proses. setakat ni, hanya ini sahaja yang mampu...selepas ni banyak lagi nak disiapkan..teman2 blog kalau ada masa berkunjunglah ye....blh layari - www.bkskcj.blogspot.com

Sunday, February 8, 2009

Nak Buat Blogspot Utk Sekolah..

Semalam, i ada meeting ajk PIBG pkul 8.30 pg, tapi jam 7.40 pg dah ada kat sekolah. Maklumlah Setiausaha PIBG, so kena prepare LCD lah, bilik mesyuarat, jamuan, minit dan sebagainye. Ala2 setiausaha PM lagi, tp semua tu adalah tugas i so i kena jalankan dengan sebaiknya. Kali ni meeting lebih fokus kepada Mesyuarat Agung Kali Ke - 5 nanti yg bakal diadakan pada 1 March 2009. Jadi, ble nak mesyuarat agung ni, setiausahalah yg plg sibuk sekali. Yelah, nak kena siapkan surat jemputan, surat sumbangan, buku laporan mesyuarat, senarai AJK, dan macam2 lg nak kena buat. Nasiblah i tahun ni tak pegang kelas, so ada lah masa utk uruskan segalanya.

Tahun ni, tak tau siapa yang akan jadi SU PIBG. Jawatan ni lah yg paling ditakuti oleh guru2 di sekolah i. Bukan apa, byk kerja yg perlu disetelkan demi membangunkan dan memajukan sekolah. Minta2 jgn lah i pegang lagi utk penggal kedua, bglah kat orang lain, bukan bosan, tp bglah i bernafas utk tahun ni, kalau tidak asyik nak kena buat surat jer, dgn taip minit. Apapun i tak sabar2 nak tunggu keputusan yang akan Guru Besar buat nnti.
Kalau uols nak memberi sumbangan berbentuk hamper ker masa mesyuarat agung PIBG nanti blhlah bgtau i. Alah dlm RM30 jer, bukan aper, nak meriahkan lagi mesyuarat tersebut dengan adanya cabutan no bertuah. I pasti akan umumkan nama mereka yg telah memberi sumbangan. Siap tulis dalam buku mesyuarat lagi bahagian penghargaan. Yelah, menghargai kepada mereka yg bermurah hati. tak gitu!!
Yang penting, i nak cipta satu blog khas utk sekolah i. Tp bahagian Bimbingan & Kaunseling lah. Bukan apa, segala aktiviti yang berkaitan dengan Bimbingan & Kaunseling boleh terus rujuk pada blog tersebut. Yg plg ptg, GB akan meletops bile tau ada blog yg diusahakan oleh kakitangannya. doa2 kanlah ye... nanti ble dah siap, i bgtau uols dan kalau rajin layarilah nanti dan bglah komen ye. Cume, blog tu agak formal lah ckt sbb nanti sekolah satu Malaysia akan tengok.
I rase itu ajelah, nanti ada kelapangan i bgtau lagi ye....

Thursday, February 5, 2009

My Favourite Perfume....

Inilah perfume yg paling i nantikan....kalau uols nak tahu inilah perfume mahal yg pertama i beli ketika menjadi seorang siswa dlu2... perfume ni sgt menarik dan ianye sgt istimewa esp berkenaan dengan diri i ...he he he..adalah secalit kenangan semasa zaman itu.yg ptg adie perfume dah orderkan utk i...harap dpt hujung bulan ni....kalau i pkai dan bau perfume nie, mesti terus terflashback memory daun pisang... suke sgt! (gediklah plak)

Wednesday, February 4, 2009

Welcome Back!

Assalamualaikum....

Sepanjang bulan Jan permulaan sekolah amat mencabar & menduga kesabaran i. Yelah, mcm2 ragam yg i hadapi.. budak nangis, budak berak dlm kelas, budak nak balik umah la, budak nampak bayang dlm tandas la, takut dengan cikgu lelaki lah, cikgu garang lah, nak ikut kakak lah,tak nak masuk kelas lah, cakap benda lucah sesama kawan, dan macam2 lagi alasan yg diberikan kepada cikgu dengan harapan mereka dapat balik dan perhatian. Bukan nak mengeluh, tapi murid2 sekarang terutama tahap 1 (darjah 1,2,3) semakin manja. Ada ke patut bila takut dengan cikgu senang2 jer dtg kat cafe guru nak minta balik, siap bawa beg lagi. apa dia ingat ni sekolah bapak dia punye! walaupun i tahun 2009 ni tahun ke 2 berkhidmat d sekolah tp tahun ni lah plg mencabar. tu blum lagi bergolek2 dpn bilik guru nak balik rumah sbb tak nak pegi sekolah, yg lbh parah 3 minggu buat perangai mcm tu...yg plg dahsyat selamba jer pulang ke rumah atau senang ckp lari dari sekolah. baru darjah 2 dah pandai buat mcm tu. Ya Allah mmg kerjaya sbg guru ni memerlukan kesabaran yg Maha Tinggi. kalau ada kes budak nangis, tak nak masuk kelas ker, i jugak yg kena pujuk. alasannya i ni kaunselor sekolah. i ni dah lah still bachelor yg akak2 yg ada anak ni bg plak kat i, bukan kata blum kawin, anak pun takde lagi, anak tekak adalah. last2 i jgak yg kena pujuk. mula2 dgn pujukan manja & mesra...tp setelah tidak berkesan dan hampir diulang berkali-kali maka terpaksa gune kaedah lain plak. I teringat zaman i sekolah dlu, tak berani nak ponteng kelas apalagi nak minta blk umah, kalau sakit sikit jer tahan di sekolah, tak berani dan balik, sbb takde cikgu nak melayan dan tak kuasa cikgu dan beri perhatian pada i ni. Ah, masih lagi segar ingatan semasa sekolah rendah dlu...xde pun cikgu yg caring about me, sedangkan i jadi cikgu skrg terlebih caring dgn budak2....

zaman mmg dah berubah...parents juga memainkan peranan yg plg ptg dlm pembelajaran anak2 d sekolah...entahlah....dan yg plg i tak leh lupe ialah 'cebok' budak berak dlm kelas. ya ampun, bau berak budak tu hampir membuatkan i muntah..tak larat nak bersihkan tp terpaksa kuatkan hati utk basuh punggung budak tu. nasiblah budak lelaki darjah satu, kureng malu ckt, tp budak lelaki ni selamba jer bile i cebokkan dia. he he he. kelakar...mesti dia ingat sampai ble2 kan cikgu ni dlu pernah basuhkan berak aku. harap2 mcmtulah...jadilah insan yg bergune...

Disebabkan lame dah menyepi so ble ada kelapangan ni dok asyik menulis lah ni. Bulan Jan mmg bulan yg agak sbuk buat i di sekolah, tp sekarang dah ok ckt sb dah mula dapat adapt, dan semua masalah yg disebutkan diawal tadi semuanya dah makin berkurangan.. syukur sgt2. budak2 dah mula tak nangis, suke belajar, dpt kawan baru, pandai buang air di tandas dan takder lari2 lagi dari sekolah. ada parents bgtau i sampai buat air Yassin lagi utk anak dia supaya tak nangis lagi di sekolah. mmg berhasil. i sendiri nampak perubahan budak tu. budak tahun 1. sekarang dah nampak gembira..syukur sgt...

Oklah uols, tgk ajerlah gambar2 yg sempat i rakam dan aktiviti sepanjang bulan januari...

budak yg paling memberi kesabaran terhadapku, tgk seluar dia,puas berguling-guling dpn blk guru sbb taknak masuk kelas, budak ni jgak kata nampak bayang2 dlm tandas pada waktu tengahari buta. dlm 1500 org pelajar hanya dia sorang jer blh nampak..skrg dah ok, tp still mak temankan dari jam1 ptg hingga 6.30 ptg di sekolah. ni kat blk kaunseling tertidur sbb kepenatan berguling2 dan menangis. sabarkan..
seminar motivasi UPSR di UKM

pengawas pusat sumber sekolah

pengawas SPBT
bacaan ikrar PKRS...

Nanti i tunjukkan gambar budak darjah satu yg cebokkan berak dia... hehe...