Saturday, May 7, 2016

PERTANDINGAN BOWLING PRS BONGSU DAERAH HULU LANGAT - 5 MEI 2016

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.

Syukur Alhamdulillah kerana buat pertama kalinya PRS SKCJ mendapat JOHAN dalam pertandingan yang saban tahun diadakan.

Saya selaku YDP MAJLIS GURU KAUNSELING SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU LANGAT kali ke 3 menganjurkan program ini bagi memberi ruang kepada rakan kaunselor dan prs bersama menjalani terapi di pusat bowling The Mines Shopping Mall, Sri Kembangan.

Rata2 semuanya enjoy dan happy kerana dalam 1 pasukan terdiri daripada 2 prs lelaki 2 prs perempuan dan seorang kaunselor. Syarat utama mestilah prs dan balingan ikut sesiapa sahaja yang mampu membuat balingan. Ini kerana matlamat utama saya laksanakan adalah untuk enjoy dan happy bersama2.

Sebanyak 20 pasukan telah hadir dan saya sediakan hadiah sehingga tempat kesepuluh. Tujuan utama saya adalah untuk memberi penghargaan dan dorongan kepada anak2 prs untuk lebih berusaha dan mencapai matlamat yang disasarkan.

Pertandingan ini dirasmikan oleh Pen Peg PPD Bahagian Kaunseling & Kerjaya En Basarudin Bin Bahaman yang cukup sporting dan ceria sepanjang program . Beliau juga banyak membantu saya dalam melaksanakan program ini.

Barisan AJK MGK yang turut turun padang dan membantu saya dalam mengendalikan aktiviti ini.

Apapun saya ucapkan terima kasih kepada sekolah yang terlibat dalam menjayakan salah satu aktiviti MGK yang dibuat bagi memenuhi ruang dan masa kegiatan anak2 prs & rakan kaunselor.

Semoga terus cemerlang dan akhir sekali tahniah kepada pasukan SKCJ yang mengungguli pertandingan ini.

Kepada anak2 prs ku Haikal, Kayrul, Aina & Alia jadikan pertandingan ini sebagai memori indah semasa berada di Tahun 6.

Salam sayang daripada Cikgu Kush..