Wednesday, April 22, 2009

Ujian Bulan April UPSR

Bermula 20 hingga 22 April 2009 akan diadakan Ujian Bulan April UPSR. Semoga anak2 tahun 6 akan mendapat keputusan yang cemerlang. Paling penting, buat persiapan awal, solat 5 waktu dan kerap berdoa kepada Allah. Moga Allah makbulkan doa kalian!
begitu tekun menjawab soalan...moga dapat 5A ye adik!
moga kalian berjaya!
wajah anak2 yang begitu yakin dengan jawapannya...

senyuman puas seorang guru terhadap keyakinan jawapan anak didiknya...

Kursus Kepimpinan

Pada 18 April 2009 jam 8.00 pagi telah berlangsungnya kursus kepimpinan yang mana pengawas sekolah dan pimbimbing rakan sebaya di sekolah. Ini adalah acara tahunan diantara unit bimbingan dan kaunseling dengan unit disiplin. Tujuan utama kursus ini adalah membentuk keperibadian dan kepimpinan pengawas dan PRS. Semoga anak2 ini menjadi seorang pemimpin yang cemerlang di masa akan datang. Insyallah....


perbincangan kumpulan..

orang kuat kursus...epul & sham

pembentangan kumpulan...

kawad kaki....

Tuesday, April 21, 2009

Karnival Kerjaya Peringkat Daerah...

Karnival Kerjaya telah berlangsung pada 15 April 2009 bertempat di KUIS Bangi. Banyak acara yang telah dipertandingkan antaranya - pertandingan poster, kad lipat, skesta kerjaya dan macam2 lagi...pendek kata meriah betul hari tu. I ditugaskan jadi koordinator poster sekolah rendah. penat jugaklah hari tu balun keje dari pagi sampai petang..apapun i dapat berkumpul semua kaunselor sekolah daerah Hulu Langat.

anak2 murid yang mengikuti karnival...

poster yang telah disenaraikan 6 terbaik..

pameran kerjaya...

dgn hakim pertandingan poster...
masjid Al-Azhar KUIS...

Me & Abe's Birthday...

Pada 6 April 2009 adalah hari lahir ku yang ke - 30 tahun.. he he dah masuk ke alam 30-an sekarang. Abe pulak 11 April so kami pun celebrate ala-ala kadar je kat Secret Recipe.. Mase tu hujan lebat waktu petang. Pegi lepas abe abis keje. Kami makan kat Section 14 PJ. Hari Ahad tak ramai sangat people kat sana so tenang jugaklah waktu kami makan tu..Agaknya orang malas nak kuar sbb HUJAN...tido lagi baik! Anyway, thanks kat abe sbb blanje makan...


cuppuchino....pilihan abe waktu petang...

abe makan laksa singapore...best gler!

i western food..haruslah manggo ice blended dgn chicken chop blackpapper...MARVERLOUS!!!!

I doakan moga panjang umur & murah rezeki....Insyallah....

KESEJADAH...

KESEJADAH - Adalah singkatan bagi Karnival Seni Jauhi Dadah yang telah diadakan pada 7 dan 8hb April 2009. Bertempat di SK Saujana Impian (acara sajak) dan SMK BBB (acara poster). Sekolah telah menghantar 2 acara sahaja daripada 3 acara yang dipertandingkan. Syukurlah acara sajak dapat jugak tempat ke-3 daripada 27 buah sekolah daerah Hulu Langat. Berbaloi lah jugak ajar anak murid mendeklamasikan sajak. Semua penyertaan akan mendapat sijil. Seronok budak2 ble dapat byk sijil.

antara poster yang johan...

peserta SK Cheras Jaya yg mengambil bahagian...
peserta sajak..adik afiq aiman
pentas utama....
bersama anak didik...dpt tempat ke-3
dari kiri, saya, cgu suhaimi(sk sri sekamat), najib(member satu maktab dulu,terus jumpe) dan sahabat....
Inilah wajah2 guru kaunseling yg sedang menunggu keputusan anak murid masing2 dlm acara sajak. Masing2 berdebar...Apapun tahniah kepada SK Sri Jelok kerana berjaya ke peringkat negeri nanti.

Perlawanan Bowling Ibubapa & Guru..

Pertandingan bowling antara guru dan ibu bapa SK Cheras Jaya telah berlangsung pada 4 April 2009 di South City Plaza pada jam 9.00 mlm dan selesai jam 12.30 mlm. Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kumpulan guru lelaki dan bapa2, manakala satu kumpulan guru wanita berentap dengan kumpulan ibu2.. yg ptg cgu Khusairy dapat ranking ke-3 dengan jatuhan pin tertinggi 196. Johan dan naib johan suami isteri dari kumpulan ibubapa. Mereka sangat profesional! Apapun sepanjang pertandingan dijalankan mmg seronok! Semoga ikatan silaturrahim dapat dieratkan lagi..