Tuesday, October 13, 2009

Muhasabah Diri...


Bulan Oktober merupakan bulan yang paling mencabar buat diriku...Pada 8 Oktbober 2009, aku telah mengalami kemalangan dengan motorsikal ketika hendak pulang ke rumah dari sekolah. Aku tidak cedera tapi penumpang motor tu cedera di bahagian dagu. Kejadian berlaku pada jam 6.40 petang. Aku yang memang dah sangat penat daripada pagi sampai petang, dengan mesyuarat dan mengajar tarian untuk Hari Kanak-kanak nanti. Segalanya ku terima dengan redho. Ramai yang membantuku ketika kemalangan tersebut. Mujur tidak ada kematian. Segala urusan police report, check kesihatan hampir jam 1.10 pagi. Jam 2 pagi baru aku boleh melelapkan mata. Walaupun trauma namun ku cube juga kuatkan semangat.Sekarang 'Baby' ku di bengkel Perodua Balakong, rindu rasenye ble tak berjumpa dengan 'Baby' ku...

Semalam pula,aku telah mengalami keracunan makanan yang sangat teruk. Jam 3 pagi aku mula muntah & buang air besar, kepala sakit, badan demam...arh begitu terseksa rasenya. Sepatutnya aku pergi ke Melaka untuk kursus, terpaksa dibatalkan kerana aku tidak tahan. Doktor beri aku MC selama 2 hari untuk aku berehat & tenangkan minda. Dan pada tengahari ni pula, jariku terkena kipas angin di rumah. Mujurlah tak putus, hanya luka dalam sahaja. Terus aku katakan pada diriku mungkn terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Semoga Allah memberi aku kekuatan dan kebaikan pada diriku ini. Sesungguhnya aku menerima segala Qadak & Qadar ini sebagai ujian daripada Yang Maha Esa...