Saturday, May 30, 2009

Sambutan Hari Guru 2009

Pada 27 Mei 209 telah diadakan majlis sambutan Hari Guru peringkat SKCJ yang bertemakan 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Acara telah diadakan pada jam 8.00 pagi sehingga jam 1.30 tgh. Pada awal pagi telah diadakan acara ucapan daripada ketua pelajar iaitu adik Adib Farhan Haris Fadillah disusuli ucapan daripada Pengerusi BKG iaitu En Agos Hj Mahat, kemudian Guru Besar. Selepas itu acara cabutan nombor bertuah telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

adik Adib membacakan teks ucapannya kepada cikgu2 yang disayanginya...

En Agos Mahat...pengerusi BKG 2009

wajah guru2 yang disambut dengan penuh keceriaan..

barisan pentadbir SKCJ

aksi manja daripada guru2 wanita..

paluan kompang mengiringi guru2 ke dewan...
nyanyian lagu 'Guru Malaysia' & lagu tema 'Guru Pembina Negara Bangsa'
Antara acara yang menarik adalah persembahan daripada guru2 mengikut tahun iaitu guru2 tahun 1 hingga tahun 6. Guru2 tahun 1 telah membuat persembahan nyanyian 'Pesan Cikgu' ala2 60-an gitu, Manakala guru2 tahun 2 & 3 acara coral speaking, guru2 tahun 4 buat tarian 'Poco-poco'(termasuklah saya) guru2 tahun 5 'Dikir Barat' dan guru2 tahun 6 buat boria lagi...semuanya sporting2 belaka.

boria guru2 tahun 6
dikir barat tahun 5
kak azizah yang sangat sporting...


waktu rehat...
sofie, zulham & abg pian berkaroake di atas pentas...
Selepas persembahan, guru2 dan murid telah dikerahkan ke padang untuk acara sukaneka..meriah betul acara tersebut, tapi malang mase tu kamera buat hal..so nanti ada gambar saya masukkan...Jam 12.15 tgh saya terpaksa bergegas ke Hotel De Palma,Ampang untuk menghadiri mesyuarat Guru2 Bimbingan Daerah Hulu Langat. Terkejar-kejar saya dibuatnya. Sebenarnya selepas sambutan Hari Guru di sekolah, semua guru SKCJ telah pergi ke restoran Pok Se yang terletak di Sg Kantan untuk menikmati jamuan makan tengahari. Agak sedih kerana tidak dapat turut serta dengan mereka, katanya makanan di situ sedap dan layanannya bagus. Mungkin tak ada rezeki kot kali ini. Lain kali lah nampaknya....

bersama najib & abe zam dari SK Ampang & SK Left Adnan di De Palma Hotel...

Saturday, May 23, 2009

Hiasan Kelas....

Ini kelas 5 Rajin yang cantik. Guru kelas Pn Norazwa....


Ini adalah hasl sentuhan Cikgu Azwa dan ibu bapa yang datang same2 bergotong-royong menghias kelas...Ada banyak lagi kelas yang hebat2..Nanti saya masukkan..

Pusat Kegiatan Guru (PKG) Cheras

Pada 1 Mei 2009 telah diadakan pertandingan Bola Tampar antara guru2 Zon Cheras yang mana 4 buah sekolah telah melibatkan diri iaitu SKCJ,SKBTHO2,SK PUNSUN dan SMK Damai Perdana (tuan rumah). Dalam pertandingan ini SKCJ telah mendapat naib johan manakala SK BTHO2 menjuarai pertandingan ini. Acara telah berlangsung pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tgh. Ini kerana untuk memberi laluan kepada Solat Jumaat.

bersama GPK Ko-Ko & Guru Besar SKCJ...

pemain-pemain SKCJ...
Pada 2 Mei 2009 pula telah diadakan pertandingan Bola Sepak yang bertempat di SAM Batu 10 Hulu Langat. Pada pertandingan ini, SKCJ tidak berjaya mendapat tempat. Kepada pemain, jangan cepat putus asa, tahun depan kita cuba lagi!!

berehat seketika...
begitu tekun mengatur strategi..
sebelum pertandingan...

duduk seketika....
Pada 3 Mei pula, telah diadakan pertandingan Tenpin Bowling yang bertempat di The Mines, Sri Kembangan.Mereka yang telah mengambil bahagian adalah saya sendiri, manakala wakil wanita senior adalah kak Hasni, Kak Zarmita & Faizun. Walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, namun semangat kesukanan tetap di hati..


wajah2 ceria sebelum pertandingan...

pose menarik....
Pendek kata, bulan Mei ni memang bulan yang banyak melibatkan diri dalam pertandingan. Ini kerana sempena Hari Guru PKG telah mengaturkan banyak aktiviti yang melibatkan guru-guru daerah Hulu Langat. Semoga hubungan silaturrahim antara guru-guru terjalin erat.

Friday, May 22, 2009

Program Mentor-Mentee...

Pada 30 Mac 2009 bersamaan hari Khamis jam 8.00 pagi telah diadakan Program Mentor Mentee dibawah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling. Program ini melibatkan guru2 tahun 6 dan murid tahun 6 sahaja. Program mentor-mentee pada tahun ini telah membuat satu transformasi yang mana pertemuan akan diadakan 2 kali sebulan iaitu setiap hari Isnin pada pukul 1.00 tgh hingga 1.30 tgh. Ini kerana berdasarkan kepada ruang waktu yang sangat terhad kepada guru2 tahun 6.
Program ini telah dirasmikan oleh GPK 1 iaitu En Abu Bakar dengan penyerahan fail kepada mentor (ibu bapa angkat) kepada mentee (anak2 tahun 6).

ucapan GPK 1 Cikgu Abu Bakar...
ucapan penyelaras tahun 6 Pn Hjh Sarifah Rafeah...


ucapan daripada kaunselor sekolah...


penyerahan fail kepada mentor..

antara guru yang terlibat...
perjumpaan bersama mentor mentee...
Syukur ke hadrat Ilahi kerana program ini telah dilaksanakan walaupun dalam situasi yang sederhana. Lebih kurang jam 9.30 pagi program ini selesai dan akan disusuli pada tarikh yang akan diberitahu. Sebenarnya tujuan mengadakan mentor mentee ini adalah untuk memberi motivasi, nasihat dan bimbingan kepada murid2 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Maka dengan adanya mentor mentee ini maka SKCJ boleh melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara... Ucapan TERIMA KASIH tidak terhingga kepada GURU-GURU yang sudi menjadi ayah & ibu angkat kepada anak2 tahun 6 SKCJ. Walaupun saya tahu kerja kalian sangat banyak namun kalian tetap HEBAT & UNGGUL ! Moga Allah akan membalas jasa kalian.....

Kursus LADAP & PATS..

Pada 25 April 2009 telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dan Program Akademik Terbilang Selangor (PATS) di SKCJ. Semua guru diwajibkan hadir. Antara pencemarah yang terlibat ialah Cikgu Agos Mahat & Cikgu Wan Norhayati. Mereka berdua merupakan pencemarah yang hebat. Banyak perkara telah dikongsi bersama...Terima kasih cikgu..Jasamu tetap ku kenang...

cikgu Agos sedang membentangkan kertas kerjanya...
antara guru-guru yang hadir...
take 5....

Terfikir olehku apabila menghadiri kursus ini betapa besar dan banyaknya kerja sebagai seorang guru. Walau di mata kasar orang lain kerjaya sebagai guru nampak mudah namun hakikatnya bukanlah seperti yang disangka. Bagi diriku sendiri baru masuk tahun ke 2 memegang jawatan sebagai guru bukanlah mudah. Segalanya perlu dibuat bagi memastikan anak2 bangsa dididik dengan penuh tanggungjawab yang semakin hari semakin mencabar. Hanya mereka yang bergelar GURU sahaja yang dapat merasakan apa yang dirasa oleh GURU. Memang bertepatan Hari Guru patut diadakan!...

Tuesday, May 12, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun....

Assalamualaikum....
Bermula 13 hingga 19 May akan diadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun Bagi SKCJ. Didoakan moga anak2 SKCJ mendapat keputusan yang cemerlang!