Wednesday, January 27, 2010

PROGRAM MAJU DIRI





TARIKH : 7 & 8 JANUARI 2010
HARI : KHAMIS DAN JUMAAT
MASA : 10.30 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI

PENGENALAN Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama guru-guru Tahap 2 telah mengadakan Program Maju Diri (PMD) pada 7 dan 8 Januari 2010. Program ini merupakan program yang telah disusun oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling khusus untuk murid-murid tahap 2. Tujuan utama program ini adalah untuk menyedarkan kepada murid mengenai matlamat utama mengapa mereka hadir ke sekolah. Disamping itu juga, program ini dapat melatih murid-murid agar sentiasa berdikari dan tidak bergantung kepada kawan-kawan atau guru-guru semata-mata. Selain daripada itu juga, murid-murid dilatih untuk belajar kemahiran-kemahiran yang berguna seperti kemahiran membuat nota, kemahiran mendengar, kemahiran berfikir dan sebagainya.

Sunday, January 17, 2010

PERJUMPAAN IBU BAPA THN 6



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Pada 23 Januari 2010 (Sabtu) akan diadakan perjumpaan ibu bapa murid thn 6 di Dewan Terbuka SKCJ. Program ini telah dibawah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling. Kepada semua ibu bapa yg terlibat WAJIB hadir untuk mendengar taklimat dan maklumat penting untuk anak-anak yg bakal menduduki peperiksaan UPSR. Pada perjumpaan ini juga, terdapat slot motivasi untuk ibu bapa. Semoga program ini akan memberi kebaikan untuk kita bersama...