Friday, December 3, 2010

Salam...Sekian lama menyepi...

Salam..... agak lama diri ini menyepikan diri daripada menulis di blog ini.... Sebenarnya terlalu banyak perkara & peristiwa yang berlaku dalam diri ini... Semakin hari semakin kuat dugaan yang perlu ku lalui. Adakalanya ku gembira dan adakalanya ku berduka....Namun apakan daya, itu semua ketentuan daripada Yang Maha Esa.....
Apa yang pasti, hidup ini perlu diteruskan..Masih ada ruang dan peluang yang boleh ku intai agar diri ini tidak lagi dirundung kesepian.......
Bersambung lagi di lain tinta....

Wednesday, January 27, 2010

PROGRAM MAJU DIRI





TARIKH : 7 & 8 JANUARI 2010
HARI : KHAMIS DAN JUMAAT
MASA : 10.30 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI

PENGENALAN Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama guru-guru Tahap 2 telah mengadakan Program Maju Diri (PMD) pada 7 dan 8 Januari 2010. Program ini merupakan program yang telah disusun oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling khusus untuk murid-murid tahap 2. Tujuan utama program ini adalah untuk menyedarkan kepada murid mengenai matlamat utama mengapa mereka hadir ke sekolah. Disamping itu juga, program ini dapat melatih murid-murid agar sentiasa berdikari dan tidak bergantung kepada kawan-kawan atau guru-guru semata-mata. Selain daripada itu juga, murid-murid dilatih untuk belajar kemahiran-kemahiran yang berguna seperti kemahiran membuat nota, kemahiran mendengar, kemahiran berfikir dan sebagainya.

Sunday, January 17, 2010

PERJUMPAAN IBU BAPA THN 6



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Pada 23 Januari 2010 (Sabtu) akan diadakan perjumpaan ibu bapa murid thn 6 di Dewan Terbuka SKCJ. Program ini telah dibawah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling. Kepada semua ibu bapa yg terlibat WAJIB hadir untuk mendengar taklimat dan maklumat penting untuk anak-anak yg bakal menduduki peperiksaan UPSR. Pada perjumpaan ini juga, terdapat slot motivasi untuk ibu bapa. Semoga program ini akan memberi kebaikan untuk kita bersama...