Tuesday, October 13, 2009

Muhasabah Diri...


Bulan Oktober merupakan bulan yang paling mencabar buat diriku...Pada 8 Oktbober 2009, aku telah mengalami kemalangan dengan motorsikal ketika hendak pulang ke rumah dari sekolah. Aku tidak cedera tapi penumpang motor tu cedera di bahagian dagu. Kejadian berlaku pada jam 6.40 petang. Aku yang memang dah sangat penat daripada pagi sampai petang, dengan mesyuarat dan mengajar tarian untuk Hari Kanak-kanak nanti. Segalanya ku terima dengan redho. Ramai yang membantuku ketika kemalangan tersebut. Mujur tidak ada kematian. Segala urusan police report, check kesihatan hampir jam 1.10 pagi. Jam 2 pagi baru aku boleh melelapkan mata. Walaupun trauma namun ku cube juga kuatkan semangat.Sekarang 'Baby' ku di bengkel Perodua Balakong, rindu rasenye ble tak berjumpa dengan 'Baby' ku...

Semalam pula,aku telah mengalami keracunan makanan yang sangat teruk. Jam 3 pagi aku mula muntah & buang air besar, kepala sakit, badan demam...arh begitu terseksa rasenya. Sepatutnya aku pergi ke Melaka untuk kursus, terpaksa dibatalkan kerana aku tidak tahan. Doktor beri aku MC selama 2 hari untuk aku berehat & tenangkan minda. Dan pada tengahari ni pula, jariku terkena kipas angin di rumah. Mujurlah tak putus, hanya luka dalam sahaja. Terus aku katakan pada diriku mungkn terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Semoga Allah memberi aku kekuatan dan kebaikan pada diriku ini. Sesungguhnya aku menerima segala Qadak & Qadar ini sebagai ujian daripada Yang Maha Esa...

Friday, July 24, 2009

Kem Waja Diri 2009

Pada 10-12 Julai telah diadakan kem waja diri bertempat d Dusun Eco Resort, Pahang. Kem Komanden Sdr Shahipul Hapis manakala timb kem kom saya sendiri. Tahun lepas jadi kem kom,thun ni jadi timb. Apapun memang byk yang menarik sepanjang berada di kem ini. Apa yg plg best dpat berendam dalam kolam lama-lama dengan air yg begitu sejuk dari bukit. Tak lupe juga naik jambatan gantung yg sangat tinggi (tobat xnak naik lagi) Flying Fox, laluan berhalangan & mcm2 lagi. Semua yg hadir saya ucapkan terima kasih kerana menjayakan program ini.

















Sunday, July 19, 2009

Mesyuarat Penyelarasan Bimbingan & Kaunseling

Hai uoals...bermula esok Isnin hingga Khamis ( 20 - 23 Julai 09) i kena pegi Mesyuarat Penyelarasan Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Hulu Langat. Bertempat di Coral Beach Resort Pulau Pangkor. Insyallah, ada kelapangan i update blog ye... Doakan moga selamat pergi selamat pulang...

Thursday, June 18, 2009

Kenduri Kambo..

Pada 13 Jun 2009 saya dan kawan2 UM dulu pergi Langkap,Perak sempena Kambo kawin. 4 buah kereta yang pergi. Perjalanan ke Langkap lebih kurang satu setengah jam dah sampai,biasalah Rem bawak mmg laju giler. Tapi masa pulang dari rumah Kambo, berlaku sedikit kecelakaan,iaitu tayar kereta Pejal meletop di highway, nasiblah tak jadi apa2. So kami pun carilah workshop di PLUS Behrang. Nasiblah semuanya selamat. Kami pun pulang ke KL lebih kurang 7.30 mlm. Kepada Hafiz Gone, Firdaus Farid, Amar Simpang Renggam, SELAMAT PENGANTIN BARU! Maaf ye tak dapat datang sebab i ada kenduri.

atas pelamin....
pose...
dengan abe, pengantin (kambo) & Mardon
cube menolong tukar tayar gitu...
abe memasang tayar

Wednesday, June 17, 2009

Lagu Pilihanku....

Hai uoals, lagu Cinta Terakhir ni selalu i dengar kat radio, mula2 dengar mantapnya..sangat lain dari yang lain, apa kata uoals dgr sendiri...
Hanya klik sajer...

Antara mereka yang hadir...

Antara mereka yang telah hadir ke kenduri perkahwinan adik saya. Terima kasih banyak2 sebab sudi hadir bawa keluarga. Nanti kalau ada rezeki datang lagi ye....
dua mempelai sehati sejoli..
peace..itulah anak angkat yang banyak menolong,siap pose lagi
kompang dipalu merancakkan suasana perkahwinan
cikgu abu & isteri

kak shida & family
sofie, walaupun datang lewat namun tetap hadir, terharu my frenz..
cgu som & family

kak azizah & family

kak aida & hubby

kak zizah & hubby

cgu agos & family (walaupun isteri lepas pantang namun tetap jugak datang, terharu sangat!)

su & family (rupenya kita ni sedaro, he he)

kak peah & family

opsss, cik kembang & the geng!

kak ayu (guru plg Vouge) bersama suami & anak (berdiri) manakala datin rohasiah & kak wa (duduk) tetap hadir

kak hasni & family
zulham & family
izat yang banyak membantu mase kenduri

ibu & ayah sibuk melayan tetamu yang hadir (baju merah & betulkan tudung)
parents najib bergambar bersama ibu & saya...

Kenduri....

Antara yang berlaku sepanjang malam sebelum kenduri. Petang tu abg tun datang ke rumah, lepas tu kami pergi ke KLIA jemput kawan lame Donny mase di UM dulu yang pulang dari China (urusan kerja). Hampir 5 tahun kami tidak ketemu dan akhirnya ala2 jejak kasih gitu. T.kasih pada abg tun sbb sanggup datang dari Maran,Pahang ke rumah saya..

abg tun & donny

donny & i

makan waktu malam sebelum kenduri


lepas makan gotong royong dgn nephew basuh pinggan

aduss..banyaknya pinggan....
Pemandangan sebelum kenduri bermula....
mengacau rendang daging

antara yang membantu, abang saya pertama

kaum ibu sibuk dengan potong bawang (ibu saya baju kuning sedang sibuk membantu)

abang ipar yang paling banyak membantu dan merupakan pakar dalam buat nasi minyak tentunya dari beras Taj Mahal.

adik perempuan i (baju hijau) sibuk menyiapkan pintu gerbang bersama Mak Busu & The Geng

Walimatul urus...

Akhirnya, selamat juga kenduri menyambut menantu yang telah berlangsung di Kg Sg Purun, Batu 2 1/2 JLn Bangi, Semenyih.. Pada hari Sabtu pagi telah diadakan penyembelihan lembu untuk dibuat rendang. Pada tengahari itu telah diadakan sup tulang ditambah mihun (mihun suplah jadinya) Pendek kata memang banyak makananlah pada hari tersebut.

ayah saya sendiri yang menyembelih lembu yang diternak sendiri di halaman rumah

bersedia untuk disembelih
tempat makan pengantin

khemah yang diimport dari Labohan Dagang, Banting

pelamin berkonsepkan 'simple but nice'