Tuesday, January 13, 2009

Motivasi Tahun 6 & 5

Pada minggu pertama persekolahan iaitu pada 9 Jan 2009, ada seorang motivator telah dtg ke sekolah Cheras Jaya untuk berkongsi bersama murid-murid tahun 6 sempena UPSR pada tahun ni. Motivator yang dimaksudkan ialah Dr. Khairul dari Pusat Motivasi & Seminar yang berpusat di Klang. Bermula jam 11.00 pg hingga 1.00 ptg. Beliau telah bermurah hati untuk memberi sedikit motivasi kepada pelajar tahun 6. Sekali pada 12 Jan 2009 sahabat Dr. Khairul iaitu Dr. Shahabuddin telah datang ke sekolah untuk memberi motivasi kepada murid tahun 5 pula. Bermula jam 8.30 pg hingga 10.30 pg. Seperti biasa orang yang paling bz siapa lagi kalau tak kaunselor sekolah (it's me).
Mereka ni sgt bersemangat pergi ke sekolah-sekolah ala2 road tour gtu utk mempromosikan pusat motivasi mereka. Yang paling ptg F.O.C. so i terima ajelah. Tambahan tahun ni bajet mmg agak semput so pandai2lah nak hidup. hehe. Memang agak sibuk tapi i seronok sb dapat byk ilmu dan pengalaman dengan motivator2 ni. Mereka pun enjoy.
Dan hari ahad ni ada seminar di UKM anjuran mereka. Dengan izin Allah i akan pergi bersama dengan murid2 tahun 5. Sabtu ni ada sekolah ganti dan ahad ada seminar, harus kerja, kerja dan kerja...Padat kan jadual i..beginilah kehidupan i yang bergelar GURU. Semoga Allah akan membalas segala apa yang i dan guru2 lain buat di muka bumi. Amin...

Dr Khairul memberikan ceramahnya...
dengar ye wahai anak2 ku sekalian..UPSR 5A

bersama pembantu Dr Khairul dan Guru Besar

Dr Shahabuddin membuat demonstrasi kepada seorang murid

begitu tekun anak2 tahun 5 ni mendengar motivasi..


Me,faizal(asst Dr.Shahabuddin,PK 1,Dr. Shahabuddin

Monday, January 5, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah..

"Bangun semua, Selamat tengahari cikgu Khusairy"
Inilah ayat keramat yang dah lama i tak dengar sepanjang i bercuti sekolah dekat sebulan lebih ni..betapa rindunya ayat itu. semangat mmg berkobar2 utk dtg ke sekolah tadi. arini i jam 12 tgh dah sampai sekolah. waktu masuk 12.40pm, pulang jam 6.30pm tiap2 hari. tapi kalu uoals nak tau mulai esok i kena ngajar pagi..akhirnya penantian ku berbaloi juga nak jadi guru kaunseling. walaupun byk rintangan yg perlu i hadapi atas sbb2 tertentu akhirnya berjaya juga i menyandang jawatan tu. so lepas ni blh lah i jumpe kwn2 same belajar dlu kat sabah kalau ada seminar @ kursus...syukur sgt2.. apapun i ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada ayahanda guru besar, en Rosli Sharfi & pk 1 en Abu Bakar yg bertungkus-lumus utk jawatan sbg kaunselor d sekolah ini..
Yang ptg member2 i byk sesi ptg terutama kakak2 kesayangan i...haruslah sunyi sek nanti ble i pindah ke sesi pagi..i ni suke gossip2 panas, hehe....
Matlamat i satu sahaja - BUAT YANG PALING TERBAIK UTK ANAK2 SKCJ!
Doakan i ye moga dpt membantu anak2 yg seribu satu hal utk didekati....

perhimpunan jam 6 ptg
barisan guru-guru..
sedih sbb tak tau kelas mane...(darjah 2)

pembimbing Rakan Sebaya (perempuan)
pembimbing rakan sebaya (lelaki)

Esok, bermulah kerjaya i sbg kaunselor sekolah... nantikan sahaja berita esok hari...

Friday, January 2, 2009

Selamat Datang Anak2 Tahun 1 Sesi 2009

TAHNIAH....! itulah ungkapan yg i ucapkan kepada anak2 yg memasuki alam persekolahan bagi tahun ini. macam2 ragam yg i perhatikan pada hari pendaftaran mereka..so far xde yg over, cume ada sorang jer yg menangis..he he biaselah tu, tp i dulu tak pernah nangis tau walaupun zaman 80-an i sekolah cikgu2 nye garang2 belaka. tp itu semua memberi kebaikan kpd diri i sendiri.

APA yang ptg, kepada ibubapa penjaga tak perlu rungsing atau pening kepala kerana tahun ini tidak ada sebarang pembayaran pun, cuma anak2 dtg sekolah dan terus blh belajar mcm biase. org kata F.O.C lah...yelah kan, beribu jgak parents ni habiskan duit utk anak2 bersekolah.. kalau sorang xpelah, ni kalau 3 @ 4 org yg bersekolah, tak ke terbeban..namun hakikatnya sbg ibubapa i percaya bhw mereka sudah bersedia awal2 lagi utk budget anak2 mereka.
I harap, semua dlm keadaan yg baik dan nasihat cikgu, timbalah ilmu dengan sebaik-baiknya...moga menjadi insan yg berguna d dunia & akhirat.

orang kuat orientasi Tahun 1 SK Cheras Jaya

perbarisan..

pendaftaran..

pose terbaik dgn ust Faizu bersama 'handbag' terbaru...he he

Thursday, January 1, 2009

2009 Tahun Bererti...

Welcome 2009...


Bagi i tahun 2009 adalah plg istimewa...nak tau kenape?... antaranya tahun 2009 lah genap umur i 30 tahun..he he..dah tua rupenya i ni..tak sangka sgt.. diam tak diam dah dekat 30 tahun i hidup d muke bumi ini.. apa yg ptg i panjatkan doa & sentiasa bersyukur dgn apa yg diberikan oleh Allah...Insyallah..

Azam Baru:

  1. sentiasa bersyukur
  2. lebih tenang
  3. lebih matang
  4. lebih ikhlas
  5. tingkatkan lagi kualiti kerja
Apa yg ptg adalah hari ini lebih baik daripada hari semalam....