Sunday, April 17, 2016

KURSUS TEMBOK TIRUAN & REPELLING (12~14 APRIL 2016)

Syukur Alhamdulillah selama 3 hari saya berkursus akhirnya dapat juge saya menamatkan dengan keputusan LULUS CEMERLANG. Saya akui bukan mudah untuk mengendalikan aktiviti aras tinggi ini. Kebiasaannya saya akan uruskan aktiviti air dan permainan dinamik sahaja.

Namun saya suke mencuba dan mencabar diri sendiri untuk memperbaharui kemahiran atau skill saya dalam meningkatkan lagi mutu jurulatih saya di pusat kokurikulum.

Tali sememangnya saya lemah dan perlu banyak latihan untuk membuat ikatan yg betul. Mujurlah rakan2 yg mengikuti kursus sporting dan baik banyak membantu saya. Kami sentiasa ceria dan meriah sepanjang kursus. Pegawai jurulatih pun turut ceria dan suke mengusik saya. Sedikit sebanyak hilang juga stress saya ni. Hehehehe...

Apapun terima kasih kepada my bff Cikgu Mus yg banyak membantu sepanjang kursus. Kehulu ke hilir kami bersama ajer...

Apapun saya sangat bersyukur kerana saya boleh melakukan aktiviti beraras tinggi walaupun saya agak takut di tempat tinggi. Saya boleh buktikan juge yang saya mampu untuk melaksanakannya. Tahniah buat diri saya sendiri dan rakan2 seperjuangan!

Antara gambar yg sempat saya ambil.... Enjoy!

























No comments: