Thursday, April 16, 2020

Tempoh PKP

Assalamualaikum...

Hai dah lama tak menulos di blog. Sekarang ni musim Corona virus. Satu dunia sedang menghadapinya. Di Malaysia tempoh kawalan pergerakan atau pkp di laksanakan. Sekolah dan semua institusi pendidikan ditutup. Pejabat dan kedai juga sama kecuali kedai makan. Itupun tak boleh duduk melepak kene tapau. Apapun rakyat Malaysia sekarang semua duduk rumah. Bak kata PM #stayathome #dudukdiamdirumah

Apapun, dah sebulan pkp ini dilaksanakan. Semua duduk rumah supaya rantaian virus ni tidak lagi menular. Cikgu-cikgu mengajar anak murid melalui sistem online dirumah masing-masing. Betapa rindunya cikgu pada anak murid di sekolah. 

Saya sekarang ni kampung bersama ibu ayah adik dan abang. Lebih rasa tenang disini sebab makanan semua cukup. Saya pun ada juga tolong masak didapur. Kat fb dan insta ramai yang share tentang masakan mereka. Masing-masing nak tunjuk bakat. Meriah tau! 

Semoga Malaysia akan terus aman dan sejahtera. 
Itu sahaja buat kali ini. 

No comments: