Saturday, May 23, 2009

Pusat Kegiatan Guru (PKG) Cheras

Pada 1 Mei 2009 telah diadakan pertandingan Bola Tampar antara guru2 Zon Cheras yang mana 4 buah sekolah telah melibatkan diri iaitu SKCJ,SKBTHO2,SK PUNSUN dan SMK Damai Perdana (tuan rumah). Dalam pertandingan ini SKCJ telah mendapat naib johan manakala SK BTHO2 menjuarai pertandingan ini. Acara telah berlangsung pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tgh. Ini kerana untuk memberi laluan kepada Solat Jumaat.

bersama GPK Ko-Ko & Guru Besar SKCJ...

pemain-pemain SKCJ...
Pada 2 Mei 2009 pula telah diadakan pertandingan Bola Sepak yang bertempat di SAM Batu 10 Hulu Langat. Pada pertandingan ini, SKCJ tidak berjaya mendapat tempat. Kepada pemain, jangan cepat putus asa, tahun depan kita cuba lagi!!

berehat seketika...
begitu tekun mengatur strategi..
sebelum pertandingan...

duduk seketika....
Pada 3 Mei pula, telah diadakan pertandingan Tenpin Bowling yang bertempat di The Mines, Sri Kembangan.Mereka yang telah mengambil bahagian adalah saya sendiri, manakala wakil wanita senior adalah kak Hasni, Kak Zarmita & Faizun. Walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, namun semangat kesukanan tetap di hati..


wajah2 ceria sebelum pertandingan...

pose menarik....
Pendek kata, bulan Mei ni memang bulan yang banyak melibatkan diri dalam pertandingan. Ini kerana sempena Hari Guru PKG telah mengaturkan banyak aktiviti yang melibatkan guru-guru daerah Hulu Langat. Semoga hubungan silaturrahim antara guru-guru terjalin erat.

2 comments:

Zunaidi Dali Great Eastern said...

mcm ramai jer cikgu2 yg tasty..ops!! :P

Cikgu Kush said...

haruslah nok,tp semuanye married...