Friday, May 22, 2009

Kursus LADAP & PATS..

Pada 25 April 2009 telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dan Program Akademik Terbilang Selangor (PATS) di SKCJ. Semua guru diwajibkan hadir. Antara pencemarah yang terlibat ialah Cikgu Agos Mahat & Cikgu Wan Norhayati. Mereka berdua merupakan pencemarah yang hebat. Banyak perkara telah dikongsi bersama...Terima kasih cikgu..Jasamu tetap ku kenang...

cikgu Agos sedang membentangkan kertas kerjanya...
antara guru-guru yang hadir...
take 5....

Terfikir olehku apabila menghadiri kursus ini betapa besar dan banyaknya kerja sebagai seorang guru. Walau di mata kasar orang lain kerjaya sebagai guru nampak mudah namun hakikatnya bukanlah seperti yang disangka. Bagi diriku sendiri baru masuk tahun ke 2 memegang jawatan sebagai guru bukanlah mudah. Segalanya perlu dibuat bagi memastikan anak2 bangsa dididik dengan penuh tanggungjawab yang semakin hari semakin mencabar. Hanya mereka yang bergelar GURU sahaja yang dapat merasakan apa yang dirasa oleh GURU. Memang bertepatan Hari Guru patut diadakan!...

No comments: