Friday, May 22, 2009

Program Mentor-Mentee...

Pada 30 Mac 2009 bersamaan hari Khamis jam 8.00 pagi telah diadakan Program Mentor Mentee dibawah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling. Program ini melibatkan guru2 tahun 6 dan murid tahun 6 sahaja. Program mentor-mentee pada tahun ini telah membuat satu transformasi yang mana pertemuan akan diadakan 2 kali sebulan iaitu setiap hari Isnin pada pukul 1.00 tgh hingga 1.30 tgh. Ini kerana berdasarkan kepada ruang waktu yang sangat terhad kepada guru2 tahun 6.
Program ini telah dirasmikan oleh GPK 1 iaitu En Abu Bakar dengan penyerahan fail kepada mentor (ibu bapa angkat) kepada mentee (anak2 tahun 6).

ucapan GPK 1 Cikgu Abu Bakar...
ucapan penyelaras tahun 6 Pn Hjh Sarifah Rafeah...


ucapan daripada kaunselor sekolah...


penyerahan fail kepada mentor..

antara guru yang terlibat...
perjumpaan bersama mentor mentee...
Syukur ke hadrat Ilahi kerana program ini telah dilaksanakan walaupun dalam situasi yang sederhana. Lebih kurang jam 9.30 pagi program ini selesai dan akan disusuli pada tarikh yang akan diberitahu. Sebenarnya tujuan mengadakan mentor mentee ini adalah untuk memberi motivasi, nasihat dan bimbingan kepada murid2 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Maka dengan adanya mentor mentee ini maka SKCJ boleh melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara... Ucapan TERIMA KASIH tidak terhingga kepada GURU-GURU yang sudi menjadi ayah & ibu angkat kepada anak2 tahun 6 SKCJ. Walaupun saya tahu kerja kalian sangat banyak namun kalian tetap HEBAT & UNGGUL ! Moga Allah akan membalas jasa kalian.....

1 comment:

Anonymous said...

Predilection casinos? affirm this modern [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] director and acquiesce up online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also discontinuation our up to swain [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] orientate at http://freecasinogames2010.webs.com and receive sheer incredibly touched in the headmaster !
another unsurpassed [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] within an eyelash of is www.ttittancasino.com , because german gamblers, convert the upgrade on eleemosynary online casino bonus.