Semalam, i ada meeting ajk PIBG pkul 8.30 pg, tapi jam 7.40 pg dah ada kat sekolah. Maklumlah Setiausaha PIBG, so kena prepare LCD lah, bilik mesyuarat, jamuan, minit dan sebagainye. Ala2 setiausaha PM lagi, tp semua tu adalah tugas i so i kena jalankan dengan sebaiknya. Kali ni meeting lebih fokus kepada Mesyuarat Agung Kali Ke - 5 nanti yg bakal diadakan pada 1 March 2009. Jadi, ble nak mesyuarat agung ni, setiausahalah yg plg sibuk sekali. Yelah, nak kena siapkan surat jemputan, surat sumbangan, buku laporan mesyuarat, senarai AJK, dan macam2 lg nak kena buat. Nasiblah i tahun ni tak pegang kelas, so ada lah masa utk uruskan segalanya.
Tahun ni, tak tau siapa yang akan jadi SU PIBG. Jawatan ni lah yg paling ditakuti oleh guru2 di sekolah i. Bukan apa, byk kerja yg perlu disetelkan demi membangunkan dan memajukan sekolah. Minta2 jgn lah i pegang lagi utk penggal kedua, bglah kat orang lain, bukan bosan, tp bglah i bernafas utk tahun ni, kalau tidak asyik nak kena buat surat jer, dgn taip minit. Apapun i tak sabar2 nak tunggu keputusan yang akan Guru Besar buat nnti.
Kalau uols nak memberi sumbangan berbentuk hamper ker masa mesyuarat agung PIBG nanti blhlah bgtau i. Alah dlm RM30 jer, bukan aper, nak meriahkan lagi mesyuarat tersebut dengan adanya cabutan no bertuah. I pasti akan umumkan nama mereka yg telah memberi sumbangan. Siap tulis dalam buku mesyuarat lagi bahagian penghargaan. Yelah, menghargai kepada mereka yg bermurah hati. tak gitu!!
Yang penting, i nak cipta satu blog khas utk sekolah i. Tp bahagian Bimbingan & Kaunseling lah. Bukan apa, segala aktiviti yang berkaitan dengan Bimbingan & Kaunseling boleh terus rujuk pada blog tersebut. Yg plg ptg, GB akan meletops bile tau ada blog yg diusahakan oleh kakitangannya. doa2 kanlah ye... nanti ble dah siap, i bgtau uols dan kalau rajin layarilah nanti dan bglah komen ye. Cume, blog tu agak formal lah ckt sbb nanti sekolah satu Malaysia akan tengok.
I rase itu ajelah, nanti ada kelapangan i bgtau lagi ye....
4 comments:
ok cikguuuuu.. :P
zak rasa bagus juga idea kuchai kalau setiap sekolah ada blog mereka sendiri...
tul tu zak, senang kalau guru nak posting nak cari maklumat kan..
Cayalah Kuchai... Keep it up the good work...
Bah datanglah kau melawat sabah... Bawa ole-ole untuk saya sekali... :)
Post a Comment