Sunday, December 28, 2008

MAAL HIJRAH 1430H


Satu Muharram detik permulaan,
perkiraan tahun Islam hijrah,
perpindahan nabi dan umat Islam,
dari kota Mekah ke kota Madinah,

Atas keyakinan dan iman yang teguh,
kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
rela berkorban harta dan nyawa,
demi menegakkan Islam tercinta.

Hijrah itu pengorbanan,
hijrah itu perjuangan,
hijrah itu persaudaraan,
hijrah membentuk perpaduan.

Oleh itu mari semua,
kita sambut Maal Hijrah,
tingkatkan semangat,
tegakkan syiar ISLAM!
untuk sepanjang zaman,
untuk sepanjang zaman,
untuk sepanjang zaman....
HIJRAH
!!

Uoals mesti ingat kan lirik nasyid ni, dari sek rendah lagi i dah hafal nasyid ni. liriknye kalau kte perhatikan mmg penuh dengan nilai, cube hayati betul2...apapun i ada azam baru utk hijrah. kalau uoals tgk kat tv3 mlm td cerekarama pengarahnya MURALI mmg meletops. Tahniah i ucapkan kpd beliau. mula2 i tgk sakit hati juga sbb mcm nak mempersendakan Islam. yelah, satu family x beribadat, western lifestyle (xsolat,minum arak,zina,bertatu) tp buat baik (sedekah, bantu anak yatim etc) tp satu lg family kuat Islam, kuat ibadat tp menengking2, kata2 kesat, malas, xhormat tetamu, merendah2kan maruah wanita...tp slps menonton hingga akhir barulah i fhm..pengarah sbnarnya mahu melihat ada 2 family yg berbeza..baik tp x buat yg wajib, manakala satu lagi beribadat tp jumud. mereka akhirnya berHIJRAH menjadi keluarga yg taat kpd Allah sambil membuat amalan2 sunnah Rasulullah. menitis jugalah air mata ini apb melihat cerita ini..sayang sekali kalau kte x menonton cerekarama ni. tajuk cerita tu i dah luper sbb lemah kan kena keracunan makanan..tp i akan cube cr tajuk tu nant..

oklah, kpd kawan2 jgn lupe baca doa akhir tahun & doa awal tahun Hijrah. moga kte semua dberkati oleh Allah... amin....

No comments: