Thursday, October 30, 2008

Ketika belajar di Sabah...

Pada Jan 2007 i telah menjejakkan kaki di bumi Sabah yg mana negeri tu i tak pernah terfikir utk pergi. Apabila mendapat surat tawaran KPLI yg mengatakan bahawa i di tempatkan di Sabah mula2 skali mestilah i terkejut...namun i cube utk bertenang dan pergi juga...

Mula2 agak kekok, yelah masa kat sana berbeza dengan semenanjung. kat sini pukul 6 pg masih gelap, tapi di Sabah 6 pg dah terang benderang.... he he pengalaman sgt2. Banyak yg menarik tentang tempat i belajar tu iaitu di Maktab Perguruan Kent, Tuaran. Orangnya baik2 dan peramah. Pekan Tuaran selalu ada gerai dan hujung minggu ada Tamu (pasar minggu). I dgn kawan2 selalu pegi sana cari makanan. Yg paling sedap ialah Air Cendol Rahmat Ilahi.... sedap sgt. yg buat tu orang semenanjung tapi berniaga d Sabah. Pendek kata semua yg dijual mmg sedap. Tak kiralah nasi lemak, mee goreng, air soya dsbgnye...

Kalau nak diceritakan mmg tak habis2 ttg masa i belajar d Sabah. Tempohnya tak lama hanya setahun jer. Tak sempat nak daki gunung Kinabalu....yg sempat hanya berada di kaki gunung sahaja masa ada kursus Unit Beruniform d Mersilau. Sejuk tak ingat...yg ptg 3 hari i tak mandi.. he he...

OKlah...... setakat itu sahaja buat masa nie...i kongsikan gambar2 semasa i berada d Sabah...

Hari Unit Beruniform (PBSM)






Dalam kapalterbang nak k Sabah...murah x harga makanan d Air Asia...



Dah nak pulang......










*************************************************************************************
Video Kegemaranku....Tapi agak seksi !!!

No comments: